Khamis, 28 Mei 2015
Perjalanan Hidup Yang Penuh Ujian
Assalamualikum...semua..hari ni saya nak menyentuh mengenai perjalanan hidup, semalam..hari ini..esok dan hari-hari seterusnya kita tidak pasti apa akan berlaku, segalanya ketentuan Allah..hari ini kita bahagia..hari ini kita sihat..hari ini kita kaya..hari ini kita punya segala-galanya,tapi siapa yang boleh menjamin semua itu kekal bersama kita?? segala-galanya boleh berubah sekelip mata, kadang-kadang kesilapan kecil boleh memusnahkan hidup kita..kadang-kadang kegoan kita memusnahkan segalanya dan kadang-kadang salah tafsir dan andaian orang di sekeliling kita juga boleh memusnahkan kebahagian kita. Namun segalanya adalah ketentuan Allah, kita hambanya perlulah sentiasa berdoa dan yakin pada janji Allah. Tidak ada seorangpun antara kita yang sempurna di muka bumi Allah ini, namun lumrah manusia selalunya ingin mencari yang sempurna. Kesilapan kita akan selalu dipandang serong oleh orang di sekeliling kita. Kehidupan mesti diteruskan kita sebagai hambanya dimuka bumi jangan sekali-kali berputus asa dan keluh kesah kerana Allah maha mengetahui segalanya, walau apa yang terjadi semua itu ada hikmah dan rahsia tersembunyi bersangka baiklah kita dengan apa yang berlaku keatas diri kita.Kehidupan memang tak akan sunyi dari dugaan dan rintangan semua itu ujian dari Allah kepada hambanya, janganlah kita risau kerna segala ujian itu adalah didalam kemampuan kita, Allah tidak akan beri ujian yang kita tidak mampu hadapinya yakin dan percayalah segala kesulitan dan kesukaran pasti ada jalan penyelesaiannya, yang membezakannya adalah cepat atau lambat sahaja. Untuk kali ini saya berhenti disini, renung-renungkanlah dan muhasabah diri kita, semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk kita semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan